Diculik, dirogol, ditikam dan dibakar Canny_Ong

Canny Ong bekerja sebagai penganalisis IT di Amerika Syarikat dengan suaminya Brandon Ong. Mereka kembali seketika ke Malaysia untuk menziarahi bapanya yang sakit. Sehari sebelum pulang ke Amerika Syarikat, pada 13 Jun 2003, beliau keluar untuk makan malam bersama beberapa ahli keluarga dan kawan-kawan rapat di Restoran Monde, Kompleks Beli-Belah Bangsar (BSC) Bangsar, Kuala Lumpur. Sehabis makan, beliau kembali ke kereta di ruang pakir bawah tanah untuk mengambil tiket parkir sementara ibu dan adiknya menanti di mesin Autopay.

Selepas menunggu 20 minit, ibunya Pearly Visvanathan dan kakaknya pergi ke tempat parkir kereta dan mendapati kereta Proton Tiara ungu (plat WFN 6871) hilang. Pita CCTV memaparkan Canny diculik oleh seorang lelaki yang akhirnya dikenal sebagai Ahmad Najib.

Kemudian mayat hangus Canny ditemui dalam lubang 1 meter padu dengan kedua-dua tangan bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.[3] Mayat dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen empat hari kemudian selepas diculik.[4]

Siasatan forensik menjurus kepada penangkapan tukang kabin pesawat MAS, Ahmad Najib Aris, yang berusia 27 tahun. Namun, Ahmad Najib tiada motif yang jelas dan mengaku tidak bersalah. Akhirnya, Mahkamah memutuskan dia dihukum gantung sampai mati pada 2005. Peguam bela bagi Ahmad Najib ialah Rosal Azimin Ahmad, yang juga tinggal di taman perumahan yang sama dan rakan permainan bola sepak yang sama. Baginya, Ahmad Najib seorang yang tenang dan boleh bersosial, bukan suka menyendiri.[5]

Rujukan

WikiPedia: Canny_Ong http://www.citvasia.com/shows/murder-canny-ong http://www.malaysiandigest.com/news/633366-canny-o... http://www.youtube.com/watch?v=J6x_BxNw6FU&feature... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=12... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/24/c... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://mynewshub.my/2011/12/08/masih-ingatkah-pemb... http://www.thesundaily.my/news/233179